Menanti Lailatul Qadr
>> Monday, August 30, 2010

Ramadhan tahun ni semakin hampir ke penghujungmya.Sedar tak sedar,kita dah berada di 10 hari terakhir dlm bulan ni.Fasa terakhir Ramadhan,pembebasan dari api neraka ni cukup istimewa buat kita umat Islam.Allah kurniakan kita dengan Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan.Bertuahnya kita menjadi umat Muhammad SAW.Amalan pada malam itu adalah bersamaan dengan 1000 bulan.Mengapa kita,umat Nabi Muhammad yang Allah pilih untuk menerima keistimewaan ini?Berikut adalah artikel yang aku petik dari Harakahdaily.Net.Renung2kan dan selamat beramal.Semoga Allah berikan kita kesempatan bertemu Lailatul Qadr Ramadhan ini
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
0 comments:
Post a Comment