DRAMA NUR KASIH TV3

>> Wednesday, June 17, 2009

Cuti yang sangat2 panjang ni aku banyak habiskan depan tv.So,banyak la drama tv yang sempat aku khatam.Ada 1 drama ni yang agak menarik pada pandangan aku.Nur Kasih tajuknya.Mula ditayangkan 31 Mei lepas,sentuhan Khabir Bhatia ni sememangnya tak mengecewakan.Aku ada menonton drama-drama dan filem beliau seperti Cinta dan Manjalara.

Drama
Nur Kasih ni mengisahkan dua beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam yang mempunyai perwatakan sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur segala perintah ibu bapanya, penyabar dan amat menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita menjadi peguam syariah.

Adam pula hidup dalam suasana eksotik di Australia, bercita-cita membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam cukup berdikari dan tegas dalam setiap keputusan dibuat. Kedua-dua anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran, tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh orang tua mereka.

Konflik cinta tiga segi juga diketengahkan dalam drama ni.Ustaz Hassan mengahwinkan Adam dengan anak sahabat baiknya,Nur Amina(Tiz Zakiyah) yang sebenarnya menyukai Adam dalam diam.huh..ade2 je citer ni.

Bagi yang dah terlepas nak tengok kat sini aku ada postkan sekali trailer dan link episod 1-3 Nurkasih khas untuk "penyinggah2" sekalian.




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP