Menanti Lailatul Qadr

>> Monday, August 30, 2010


Ramadhan tahun ni semakin hampir ke penghujungmya.Sedar tak sedar,kita dah berada di 10 hari terakhir dlm bulan ni.Fasa terakhir Ramadhan,pembebasan dari api neraka ni cukup istimewa buat kita umat Islam.Allah kurniakan kita dengan Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan.Bertuahnya kita menjadi umat Muhammad SAW.Amalan pada malam itu adalah bersamaan dengan 1000 bulan.Mengapa kita,umat Nabi Muhammad yang Allah pilih untuk menerima keistimewaan ini?Berikut adalah artikel yang aku petik dari Harakahdaily.Net.Renung2kan dan selamat beramal.Semoga Allah berikan kita kesempatan bertemu Lailatul Qadr Ramadhan ini


Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Read more...

Setahun Bergelar Student KICT

>> Friday, July 16, 2010

Semester 1 2010/2011 dah mula minggu lepas.macam2 masalah aku terpaksa hadapi awal2 sem ni.x dapat add subjek,problem dgn ptptn(bukan kena suspend ye..)n mcm2 lagi.Alhamdulillah,semua problem dah selesai kecuali ptptn.Kak fazila(sponsorship unit iium) ckp mungkin duit masuk bulan 8.takpe...aku tunggu.

Selain datang kelas database systems 2 n discrete mathematics(repeated course..huhu..),aku ada perfom tuk launching bangunan azman hashim.next week maybe semua klas da start.minggu ni warm up je dulu.khamis n jumaat x da apa2 aktiviti,kecuali tgk citer ong bak 3 ngan aiman n khairuzi kt wangsa walk mall.overall,citer ni x la best pon..cuma scene gaduh2 je la yang bestnye.orang ckp tony jaa(aka ong bak) da mati..ade je citer die.tipu la korang.

Cuti weekend ni igtkan nak balik ambik printer kat rumah,tp x jadi pulak.Ahad ada 1 lagi show kt wedding En. Sayataktahunamabeliau...xpe2,lain kali jela balik.

Berbalik kpd tajuk entri ini,setahun sudah aku di KICT.Dah declare major dah..Alhamdulillah.Sem ni ambik byk subjek..(boleh la...).18.5 credit hours.banyak subjek major IT..Database Systems 2,Multimedia Technology,n Foundation Of Qualitative Analysis... Mohon doa dari kalian semua..moga Allah sentiasa memudahkan urusan kita.Amin...

tu jela buat setakat ni.aku akan tulis lagi entry lain kalau ada masa n Allah izinkan.

Read more...

Semester 3 09/10

>> Thursday, May 20, 2010

Dah beberapa minggu sem 3 berlalu.Cepat sungguh masa berlalu,tak terasa dah dekat setahun aku jadi student KICT.Kata orang,jauh perjalanan luas pemandagan.Kalau dicongak2 aku tak sampai pun separuh jalan nak habiskan degree ni.Jauh lagi jalan aku,tapi tak tau la banyak mane pengalaman aku dapat...Wallahu A'lam...

Hujung Mei n Awal Jun ni ramai kawan2 yang bakal tamatkan zaman bujang derang,n byk la undangan majlis kahwin yang aku dapat.Tapi...x dapat nak datang sbb still kt uia lagi..da dekat final pulak tu.Show pun boleh tahan gak byknye.start 29/5(Majlis bersama orang asli kat Female Sport Complex IIUM),31/5(Dinner staff IIUM kat De Palma Hotel,Ampang),6/6(MINDEF) n 1 lagi 12/6(Majlis Kahwin kawan kpd kawan).

Final Exam Period:14 -20 Jun 2010.Cepat sungguh dah nak final.Moga Allah mudahkan urusan aku n korang semua untuk jawab exam nanti.Amin Ya Rabb..

Read more...

Cerita 10 Minit

>> Monday, February 1, 2010

Pagi ni kelas Discrete Mathematics macam biasa,8.30 am.Aku terlambat 2.5 minit.Alhamdulillah,kelas tak start lagi.Lecturerku,Dr Ahmad Zeki memulakan kelas beliau pagi ini dengan menyampaikan berita seorang student KICT telah meninggal dunia baru-baru ni.Beliau minta kami hadiahkan Al-fatihah untuk Allahyarham.Kemudian,beliau menceritakan sebuah kisah tentang kisah Nabi Sulaiman ,seorang lelaki dan malaikat maut.

Suatu hari,sedang Nabi Sulaiman sedang duduk bersama seorang lelaki,mereka didatangi malaikat maut(Izrail).Izrail memandang ke arah lelaki yang duduk bersama Nabi Sulaiman tadi dengan penuh kehairanan.Kemudian dia terus berlalu dari situ.Nabi Sulaiman berkata"Tahukah engkau siapa lelaki tadi?dialah malaikat maut".Mendengarkan kata-kata Nabi Sulaiman,lelaki itu berasa sangat takut lalu berkata,"Wahai Nabi Allah,aku mohon kau utuskanlah angin untuk menghantar aku jauh dari sini,sejauh yang mungkin.Hantarlah aku ke negeri China.Nabi Sulaiman pun mengutuskan angin untuk menghantar lelaki itu ke negeri China.Kemudian malaikat maut datang semula kepada Nabi Sulaiman.

Bertanya nabi Sulaiman kepada malaikat maut,"Mengapa kau memandang lelaki itu sedemikian rupa?".Lalu dijawab malaikat maut,"Sesungguhnya aku telah diutus Allah untuk mencabut nyawa lelaki tadi di negeri China pada hari ini.Jadi aku kagum dan hairan bagaimana dia masih ada di sini".(Cerita ni dialih bahasa dari English.Lecturer aku orang arab,tapi takkan nak cakap arab...sure kami tak paham.)

Read more...

DRAMA NUR KASIH TV3

>> Wednesday, June 17, 2009

Cuti yang sangat2 panjang ni aku banyak habiskan depan tv.So,banyak la drama tv yang sempat aku khatam.Ada 1 drama ni yang agak menarik pada pandangan aku.Nur Kasih tajuknya.Mula ditayangkan 31 Mei lepas,sentuhan Khabir Bhatia ni sememangnya tak mengecewakan.Aku ada menonton drama-drama dan filem beliau seperti Cinta dan Manjalara.

Drama
Nur Kasih ni mengisahkan dua beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam yang mempunyai perwatakan sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur segala perintah ibu bapanya, penyabar dan amat menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita menjadi peguam syariah.

Adam pula hidup dalam suasana eksotik di Australia, bercita-cita membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam cukup berdikari dan tegas dalam setiap keputusan dibuat. Kedua-dua anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran, tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh orang tua mereka.

Konflik cinta tiga segi juga diketengahkan dalam drama ni.Ustaz Hassan mengahwinkan Adam dengan anak sahabat baiknya,Nur Amina(Tiz Zakiyah) yang sebenarnya menyukai Adam dalam diam.huh..ade2 je citer ni.

Bagi yang dah terlepas nak tengok kat sini aku ada postkan sekali trailer dan link episod 1-3 Nurkasih khas untuk "penyinggah2" sekalian.




Read more...

qqq

>> Monday, January 19, 2009

qqq

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP